Galaxy S4 Akan Dilancarkan Februari 2013


3 hari selepas pelancaran iPhone 5, The Korea Times melaporkan yang Samsung akan melancarkan flagship terbarunya Galaxy S4 pada Februari tahun depan di Mobile World Congress (MWC) yang akan diadakan di Barcelona. Model itu dikatakan akan berada di pasaran global sebulan selepas pelancaran.

Rumor di internet mengatakan Galaxy S4 akan mempunyai skrin yang lebih besar iaitu 5 inci berbanding 4.8 inci pada S3. Kemingkinan besar saiz phone lebih kurang sama dengan S3 tetapi Samsung akan mengecilkan saiz bezel di sekeliling skrin untuk membolehkan skrin 5 inci dimuatkan. Semestinya S4 akan mempunyai hardware yang lebih berkuasa dari S3. Juga dikatakan bentuk lengkung pada S3 akan dikekalkan pada S4 untuk mengelakkan tuntutan saman dari pesaing terutamanya Apple.

Seperti biasa semakin dekat dengan tarikh pelancaran, akan lebih banyak rumor keluar di internet. Kepada yang berminat boleh la mula menyimpan jika ingin memiliki smartphone paling berkuasa dari Samsung ini.